Mansuh PPSMI - Keputusan paling bodoh kerajaan
Ni pendapat aku.. tak ada kena mengena dengan mana mana pihak
Hari ni kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) sekaligus memberi impak yang sangat besar kepada para pelajar yang tengah belajar sekarang ni. Boleh lak tukar tukar bahasa suka hati tgh tgh jalan.
Daripada tinjauan yang aku buat.. majoriti thread dalam forum forum utama membantah keputusan ini.. termasuklah aku sendiri.. kenapa aku cakap cam ni.. contoh ada banyak laa.. aku akan tulis contoh contoh kat sini.. sapa yang terasa tu.. minta maaf la..
" Ilham.. leh tolong aku reply surat dari broker ni tak?... aku tak reti langsung bahasa inggeris ni "
" Artikel ni aku tak paham langsung la.. dalam bi semua.. leh tolong translate kat aku tak? "
" Aku tak reti manual nak pasang benda ni.. semua dalam inggeris.. tolong aku..."
" ilham, BI aku kosong terus.. tolong aku tulis surat.."
" Camana nak install software ni.. aku tak paham langsung "
Kalau aku tulis.. memang panjang la list.. ayat ayat di atas tu semua dari member member dan majoritinya dah bergelar bapa yang tak berpeluang belajar bahasa inggeris.... jadi sapa yang terasa tu minta maaf la.. Tapi korang sedar tak sekarang ni semua benda teknologi dalam bahasa inggeris.. mana nak jumpa OS bahasa melayu?? vista bahasa melayu??? Microsoft word bahasa melayu?? bila translate microsoft word jadi MICROSOFT PERKATAAN KOT... excel jadi MICROSOFT BERJAYA.. kakakkaka...mana nak cari software bahasa melayu?? kalau ada pun sikit sangat..mengharap nak tunggu software melayu.. sampai berpuluh tahun pun tak akan belajar apa... ini lah guna bahasa inggeris.. kita boleh cedok perkembangan semasa bila kita paham. Jadi aku fikir PPSMI ni la sebagai platform baik untuk belajar term term sains dan teknologi dalam bahasa inggeris..
Sampai bila lagi nak duduk bawah tempurung.. aku terkilan betul dengan keputusan kerajaan kali ni..
aku ingat budak budak sekarang bertuah sebab belajar bahasa inggeris kat sekolah biasa.. jadi kat universiti tak perlu bersusah payah lagi.. macam aku sekarang ni belajar melayu kat sekolah.. bila masuk universiti, terus jadi kucar kacir sebab term terlalu berbeza bila pakai inggeris.. tapi nak tak nak.. aku belajar la jugak.. alhamdulillah.. sekarang ni bahasa inggeris aku dah lancar..
cuma budak budak sekarang ni lagi bertuah sebab belajar dari awal.. tapi keputusan kerajaan kali ni dah mengubah segalanya.. adehh..
| < Prev | Next > |
|---|
Shout Box
- [ilham]: salam, kalau bawah blogspot ni susah sikit.. kena tanya sendiri dengan admin blogspot untuk recover.
- [aidazuriana: salam... blog sy kne hack, since ahad baru ni.. cmne nk wt. cdh tulll... www.aizuslife.blogspot.com
- [aidazuriana: salam... blog sy kne hack, since ahad baru ni.. cmne nk wt. cdh tulll... www.aizuslife.blogspot.com
- [guest_4462]: so funny
- [ilham]: sure
- [alvin]: tonight my girl friend birthday i want enjoy at there can??
- [Nana]: Lama x datang sini :)
- [FD2]: aku sepii....
- [Waaaaa]: Hepi tua
- ilham: test
Guests are shown between [].


