Kenaikan Harga Minyak

Oleh : Dr. Mohd Ilham, MBA, pHD world economic.

(acah ajer.. ekkee)

 

Seperti diduga, akhirnya kerajaan telah naikkan harga minyak. tak sampai 3 bulan selepas pilihanraya. Namun, kita tidak menjangka kenaikkan minyak agak ketara.. iaitu 78 sen yang merupakan tertinggi dalam sejarah kenaikkan minyak negara kita. Sebagai rakyat malaysia yang paham situasi semasa, saya rasa kenaikkan ini adalah perlu sejajar dengan kenaikkan harga minyak mentah yang 4 kali ganda berbanding 3 tahun lepas. Ini gara gara spekulator spekulator serta fund manager yang ingin mahukan keuntungan cepat sedangkan beban penuduk dunia meningkat berkali ganda. Memang kita tak boleh elakkan semua ni sebab masalah sejagat. Kita mungkin beruntung.. sebab harga petrol tak naik 4 kali ganda kalau nak bandingkan dengan harga minyak mentah yang sudah naik 4 kali ganda dalam 3 tahun ni.

 

Di malaysia pula saya sebagai rakyat malaysia yang perihatin, menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak. Bukan sebab saya supporter kerajaan. Tapi kerana rakyat malaysia sendiri... yang terlalu manja.. yang sentiasa disuap dengan pelbagai kenikmatan yang diberikan.. sehingga menyebabkan kita lalai. Produktiviti di malaysia adalah yang terendah jika nak dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain. Kenapa? sebab pertama.. kita disuap dengan pelbagai subsidi. itu dapat.. ini dapat.. Akhirnya, kita juga yang jadi malas. Kat tempat kerja..kerja dah tak bersungguh sungguh. selalu ponteng kerja.. curi tulang. Kerja dah tak jadi ikhlas.. semata mata untung dapatkan duit sahaja. Cuba kita lihat di barat. Penduduk di sana semua produktif. Kerja bersungguh sungguh. keluar makan pun utk launch jer. Kita pukul 10 ada break minum, launch ler.. minum petang ler.. sikit sikit nak ponteng kerja. Kalau anda adalah majikan.. dan pekerja anda buat macam tu.. adakah anda nak naikkan gaji mereka? Padan la gaji yang kita dapat ni tak setanding dengan gaji yang diberikan oleh majikan di negara maju. 

 

Selepas kenaikan petrol yang mendadak ini, saya harap, kita dapat tingkatkan lagi produktiviti kita. Kalau boleh, try cari extra income. Cuba berniaga kecil kecilan ke, buat pelaburan ke. Kalau kita tak berusaha.. macam mana nak dapat income lagi. tak kan nak menunggu kerajaan nak suap lagi? saya sebagai student, trader dan computer seller, akan terus berusaha untuk mendapat extra income yang lebih untuk menampung kehidupan saya. Saya target nak dapat 2k extra berbanding kira kira 1k sebulan yang saya dapat sekarang.

 

Saya harap, kenaikkan minyak ini dapat merangsang semua rakyat malaysia supaya lebih berusaha untuk mencapai kebebasan kewangan. Jangan hanga tuding jari pada kerajaan.. sebab kerajaan tak kan bantu anda.. Kita sendiri yang perlu bantu diri kita sendiri. Sekian, wasallam.

 

Sebelum tu... aku baru tukar wallpaper.. ekeke.. seperti biasa.. aku lagi suka mikie hara sebab muka dia.

 

Add comment

Security code
Refresh

Shout Box

Latest Message: 1 week, 5 days ago
  • [ilham]: salam, kalau bawah blogspot ni susah sikit.. kena tanya sendiri dengan admin blogspot untuk recover.
  • [aidazuriana: salam... blog sy kne hack, since ahad baru ni.. cmne nk wt. cdh tulll... www.aizuslife.blogspot.com
  • [aidazuriana: salam... blog sy kne hack, since ahad baru ni.. cmne nk wt. cdh tulll... www.aizuslife.blogspot.com
  • [guest_4462]: so funny
  • [ilham]: sure
  • [alvin]: tonight my girl friend birthday i want enjoy at there can??
  • [Nana]: Lama x datang sini :)
  • [FD2]: aku sepii....
  • [Waaaaa]: Hepi tua
  • ilham: test
View archive

Guests are shown between [].